Tuesday, December 21, 2010

Maher Zain - Baraka allahu lakuma ماهر زين - بارك الله لكــما

Saturday, December 11, 2010

Perkembangan Terbaru


Percintaan kami semakin berkembang. Berkembang mcm perut b syg yg semakin boroi setelah sebulan dok kat kg.. hehehehe
Nampaknyer semakin sukar kami nak menempuh cabaran yg seterusnya. Pencarian kerja yang yang tak kenal erti penat.
Sebenarnya kan, kalu diikutkan MrChinta sy ni da keja, tp disebabkan dier tak thn.. dier da benti la. Terukkan b sy ni. Tp takpe, ada hikmah disebaliknya. Sy tetap menyokongnya dr belakang.
Hari selasa ni, kami akan berangkat ke JB utk meneruskan perjalanan kami yg msih jauh ni. Kalu tak dpt keje cmne nak tunang ni b? huhuhuhu..
Masa da semakin suntuk.. kiter da tua ni. Kwn2 sume da kwin. Huaaaaa.... Sedihnya.
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami ini Ya Allah. Murahkanlah rezeki kami agar kami dapat menggapai apa yang diigini dan dihajati.
Amin2 Ya Rabbal Alamin

Tuesday, December 7, 2010

Menyambut Tahun Baru....Dengan cinta yg semakin mekar....

Diam tak diam dah menyambut tahun baru. Salam maal hijrah untuk follower. Azam tahun 1432hijrah semoga aku dan cik dewi beroleh ape yang kami HAJATKAN. Semoga dapat kami rempuhi onak dan duri dalam mengapai setiap aper yang kami impikan. Hanya kepercayaan, kesetiaan, kejujuran, keikhlasan dan saling menghormati adalah tunjang kepada kebahagiaan.


Friday, November 19, 2010

Ch!Nt@HaTiSyG

HM.. inilah cinta hati sy. Nak tau nama die? Hm... Nama dier MrChinta. hahahaha. Mengikut IC yg diberi, nama dier Ruzaidi Jimin. Dr nama da tau kan, dier ni jawa.. ngeeeee (Jgn mrh ye B). Jika dihitung ngan logik, hubungan kami ni da masuk ke angka 6 tahun. Kami berkenalan sejak dari Politeknik Johor Bahru (Promote ni). Thanks pd Mr Suhaimi coz mengenalkan kami dulu.. hehehe. thanks bro. Semoga Mr Suhaimi dicucuri rahmat krn jasanya yg amat baik itu..

Sebelum menjangkau sehingga tahun ke 6 ni, byk sgt rintangan dan halangan yg perlu ditempuhi oleh sy. hm... Tu sume hnya sy n dier je yg tau. Mcm2lah. Tapi hubungan kami ni sebenarnya tak pnh putus, tp disebabkan kesilapan sy menduga.. sy yg meninggalkannya. Terukkan? Tapi walaupun kami ni ada byk rintangan, nak kata pasang surut cm ombak kat pntai PD tu taklah. Walaupun kami ni tak byk berhubung, jadi sush nak tau hati budi masing2. Tp tu dulu, skang ni ari2 berhubung.. smpai kena perli. nggeeeeee...... Dierlah lelaki yg sy syg, yg ditunggu hari2 hingga ke hari ni. Semoga hubungan kami ni akan kekal hingga ke jinjang pelamin dan akhirat. Dan semoga MrChinta sy ni tabah dlm melayan karenah MissChinta yg sering merajuk. huhuhuhu.. Sy nak dier tau yg sy syg dier n tak pernah berubah wlu seinci pun. Tak sbr nk jumpa MrChinta sy ni... cmne ni? oh hati, sbar ea... tak lm jer lg. Pasni kena cr keje, pastu brulah bleh yg selanjutnya. Kepada para pembaca, doakan kami ea.. thanks ya.
Posted by Picasa

Tuesday, September 21, 2010

Tak Tau Nak Update Ape

Assalamualaikum.. ni slh satu pembuka bicara aku pd ari nie

Hari ni aku bgn awl ngn harapan nk buka buku baru
Aku tak nak pk da mslh2 yg ada ni
wat serabut kepala aku jer


Napelah kaum lelaki yang aku kenal mcm ni.

Da nek semput aku ni

Kalu ikutkan 30hb ni aku mengikt tali pertunangan

But aku tolak pinangan tu

Teruk tak?

Sebab...

Dulu aku yg beria nk tunang
Sampai sblm raya ari tu aku da beli brg ckit2
Tp time raya ari tu aku g jumpa someone yg special dlm hidup aku ms kt jb dulu
Mmg ar kitorg tak pnh putus n perasaan tu ada lg

Adakah aku dikira ****h coz memilih dia kembali?

Bkn sng nk lupa org yg bersama kite slma 6thun, lm kn.. huhuu

Bakal tunang mrh giler ngan aku, tp nk wat gane

Aku mmg tak leh blah ngan dier

Nk kata aku degil, dia pun sm

Ari2 gaduh
Benda kecik pun nk gaduh

Bila da putus ni dia still nk contact aku

Pelik tol

Tp dlm ms yg sm dia mtk aku byr ape yg dia da labur kat aku

Pd pendpt korg, dia ni sbnrnya syg aku ke wit aku yg aku dpt bila keje nnti?

Pelik kn?


Skang ni aku meneruskan kehidupn aku ngan budak ikan..

Hm... bkn dia jual ikan

Tp dia pnh bg aku Nemo.. sbb tu pgl bdk ikan

Tp gak aku ragu2 ngan result yg aku wat

Dia bjnji akan menyayangi, xkan mnyakiti ht aku..

Tp aku still gak ada terasa..

Coz dia nih sush nk msg

Mcm dia sowg yg bz, aku ni tak bz ke

Aku hlgkan diri ok gak kan..hmmmm

Ape dia wat tu kdg2 mmg aku tau n kdg2 tak tau

Aku geram ngan dia

Kata syg tp wat cmni plak

Kalu diikutkan dia byk wat perncangan ngn aku skang ni

Lepasni nk cr keje, simpan wit

Kami nk buka akaun bersama tk lm lg

n kami ngah saving skang ni

Target kami 11.11.2011 adlh ari mmbahagiakan

Tp seandainya da ckup wit, akan diawalkan

Insyaallah...



Ya Allah,

Semoga apa yg aku plh ini adlh btol utk dri akua



Thursday, July 8, 2010

SOKONG JERMAN


Suatu malam di restoran BTRFC (Batu The Rock Fried Cacing)...

A: Malam ni wa sokong jerman... jerman boleh!

B: Makasih pak kerna menyokong guer...

A: eh lu pehal mat... tetiba menyampok cakap wa ni... lu sapa hah!

B: Nama guer JERMAN bin BALAK... hehehe...

A: fuyyyoooo... give me five meennn! (nakalnyer si A ni, dier five nyer muka wak indon ni sampai jatuh ke belakang...)

SOKONG SPAIN PULAK

Suatu malam yg dingin di Restoran BTRSCBT (batu the rock seafood corner baring terlentang)

A: wa frust la plak kan... camner jerman ni bley kalah! ini suma salah wak jerman la ni!

B: (tetiba menyampok) ahaha... wak jerman dah dihukum dok dlm lombong arang batu...

A: eh! lu ni saper plak bro?

B: nama wak ni wak spenyot puyot bin toreh... spain dah menang semalam... yahooo..! (sambil melompat dan bergayut sebentar di tiang lampu sebelum turun semula utk sambung minum kopi dgn muka slumbernyer)

Sunday, June 27, 2010

Petua Tercekik Tulang

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!


Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound

"apahal duduk macam nak berlari ajer....""tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, adapulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?" aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapiaku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku) Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA..(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat)

Kisah seram si pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.


Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.


tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.


Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.


Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.


Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.


hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.


Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Can-Ni-Ball

Pada suatu petang,dua orang sahabat sedang berburu di hutan. Oleh kerana asyik mencari binatang, mereka pun tersesat. (Mana compass hilang,handphone pun takde!)
Perut pun terasa lapar,hari semakin gelap.. mereka berdua pun berehat seketika di sebuah pohon rimbun. Utk keselamatan masing-masing, Si Ahmad menyimpan sebilah pisau di belakang seluar dalamnya, manakala Si Abu menyimpan pisaunya di kocek(poket)seluar jeans nya. Lalu mereka bersandar pada pohon tersebut.
Dengan hembusan angin sempoi-sempoi, udara terasa begitu dingin,bunyi-bunyi binatang seolah berbisik-bisik.
Lantas,"Hoiii!...apa korang buat kat sini? siapa kamu??"Terkejut betul Si Ahmad dan Abu ni!Tiga orang manusia memegang lembing dan berwajah hodoh dan teramat-amat garang menjerit kepada Si Abu dan Ahmad."Kamu tau tak siapa kami?" kata orang tersebutAbu dan ahmad menggeleng-gelengkan kepala mereka,ketakutan.
Dengan nada yg marah,orang itu berkata:"Kami ialah puak kanibal! kami makan daging orang! Oleh kerana kamu berdua telah masuk ke kawasan kami (kawasan larangan) maka kamu akan kami bawa jumpa Ketua kami! Buka pakaian kamu cepat dan biarkan seluar dalam!"
Pendek cerita, Si Abu dan Ahmad pun dibawa berjumpa dengan ketua puak kanibal ini."BUNUH MEREKA! REBUS DAGING MEREKA DAN KULIT MEREKA AKAN DI-JADIKAN PERAHU...HAHAHAHAHA..." arah Ketua tersebut kepada anak-anak buahnya.
Si Ahmad terjatuh pengsan kerana begitu ketakutan. Manakala Si Abu cuba mencari idea utk melepaskan diri dari Puak kejam itu.Si Abu lantas menculik anak perempuan ketua kanibal tersebut. Kini,Abu sedang dikelilingi orang kanibal.
Abu begitu ketakutan sekali!Si Abu lantas mengambil pisau dibelakangnya dan mengacukan pada perempuan itu,lalu Abu menjerit:"JGN HAMPIR! KALAU TAK, AKU BUNUH PEREMPUAN INI!!"Abu memeluk erat perempuan itu. Perempuan itu bergelut utk melepaskan dirinya.Akhirnya perempuan itu berjaya melepaskan diri lalu lari kearah puak ramai tersebut.Abu sudah buntu!
Tamat lah riwayatnya kali ini!! Orang kanibal sudah tersenyum lebar, ada pula yg ketawa sambil cuba menghampiri Si Abu.."JANGAN DEKAT!!" Ugut Abu kepada mereka!
Lantas, Si Abu menusuk-nusuk tubuh badannya,"AKU DAH CAKAP JGN DEKAT! NAH!!....BIAR BOCOR INI PERAHU !!! "

Monday, June 21, 2010

Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. "
Alahai makcik...
Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknyauntuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer..Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la.. Malam tu.. Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi.. Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi.... Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu.. Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie.. Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning.." Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik..
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata..." JANJI TAU..!!"..
DAH LAMA KE PAK SAMPAI???


Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

Sunday, June 20, 2010

HADIAH HARI JADI

Hasan Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih barunya, Mek Ayu. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat Sogo.
Oleh kerana Hasan Jendul dan Mek Ayu baru dua bulan berkawan jadi si Hasan Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat.Adik sepupu Hasan pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru, sebab ada sale hari tu.

Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik sepupu Hasan Jendul!Selepas membayar, Hasan Jendul pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu.
Dan surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie

>>>Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih hadiah nie keranaAyu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadusebab panas. Kalau bukan sebab pasal adik sepupu San, San dah nak beliyang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembap sangat.Tapi San tengok adik sepupu San pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak. San pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. San suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je. Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab San rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan San.San harap Ayu akan pakai untuk San hujung minggu nie.Salam sayang untuk kekasihku, Mek Ayu.Yang amat menyintai dan menyayangi dirimumu,Hasan Jendul

P/S : Kalau Ayu nak pakai, San nampak stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut..kahkahkah..adeeh. .lalalala~
MENGANDUNG

Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta api. Penumpang sangat penuh maka lelaki ituterpaksa berdiri. Dia merasa ada yangmenyenggolnya lalu lelaki itupun melihatkebelakang. Ada seorang ibu hamil yang jugasedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki bertanya pada wanita itu :

Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanitadengan nada kesal)

Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalubertanya)Encik hamil juga ya?
Lelaki: Iya (Sambil ketawa)

Ibu hamil : (Kerana merasa jawapan lelaki itu tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya orang ya?
Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)
Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar( sambil menunjuk seluar lelakiyang lupa dikancing)

Lelaki:???????????
flower horn
ni kisah benar yang berlaku di Bekok, Labis, Segamat. Gua baru aje dapat citer ni melalui kawan gua.
Alkisahnya, suatu ketika dahulu... ada satu keluarga cina ni. Si Abang ni baru je beli ikan Flower Horn yg bernilai RM 2,000.00 seekor dan di simpan dalam akuarium di ruang tamunya.Pada suatu petang, Si Abang ni nak kluar... biasala orang bujang (happy hour). Maka, beliau berpesan la kat adiknya...(dialog ni diterjemahkan ke dlm bahsa melayu agar korang paham)
Abang: adik, aku nak kluar ni. tolong bagi ikan tu makan lebih kurang dlm kul 10 mlm ni...
Adik: no problem, bleh saja... asalkan lu tapaukan gua nasi goreng khinzir masak blackpepper, sudahlah...
Abang: yelah... ok gua blah...
Tgh malam tu pun si Abang balik... berkerut kening dia bila dia nampak longkang depan rumahnya penuh dgn air...
Abang: (dalam hati: nak kata hujan, jalan pun tak basah)
Bergegas beliau berlari ke arah akuariumnyer...
Abang: Adik! mana gua punya ikan dalam ni!!! (sambil tunjuk akuarium yg dah separuh kering)Adik: Ayya... gua kesian sama itu ikan wooo, beliau sakit... kepla sudah bengkak, jd gua bg lepas laaaa....
Lalu, abangnya berlari mendptkan adiknya dengan gaya seperti hendak menyepak bola ala shaolin soccer....
Sewaktu melawat rumah org2 tua,
Ah Seng duduk disebelah seorg nenek.
Sambil berbual,ah seng memkn kacang yg terdpt di dalam sebuah balang atas meja disebelahnya.
Setelah agak lama berbual,Ah seng sambil mengunyah kacang tersebut,bertanya kpd nenek berkenaan.
Ah seng : nenek tak nak mkn ke kacang ni?sedap nek...
nenek : nenek tak boleh mkn cu.nenek cuma makan coklatnya aja,kemudian kacangnya nenek masukkan dlm balang tu.maklumlah,gigi tak ada...

Monday, June 14, 2010

....Kisah semalam...
Tanggal 13 Jun, ana blik dari kg ke shah alam pada jam 3.15 ptg.
Ana blik dgn menaiki bus SE super yg tlh mnjadi kebiasaan ana jika ingin plg ke kg.
Ptutlah brat hati ana ingin pulang ke Shah Alam
Rupa2 nya ada kisah disebaliknya...
huhuhu
Pabila tiba msnya bas bergerak, tak smpai 10 minit bergerak laju tiba2 bas tersengguk2.
Driver cuba keluar dr perut bus utk melihat apa yg terjadi...
selepas itu kami meneruskn perjalnan
ttp situasi yg sama berulang kembali
Driver dah mula kelam kabut sbb penumpang ramai, bas plak mcm tak nk jln.
Beliau try kol tauke kat Segamat..
n berkata "myk tak naiklah. da byk kali aku pam, jln jap jer. cmne ni?"
byk kali jugaklah kami berhenti di tepi jln.
kesian gak ngan driver tu, trun naik bas.
nk jer ana bgn nk ckp " yg laki2 tlglah p.cik tu. walaupun tak tau nk repair tp sekadar tlg pam pun jadilah" tp ia nya hnya dlm hati..
smpai stesen sgmt.. ana ingtkan ada penukaran bas. tp meleset sungguh anggapan ana.
Terdengar lg driver berkata " aku driver, aku gak lah pomen". bising jugaklah pakcik tu.. yelah, penat2 dia bw bas, kena jd pomen lg. gaji sm jer..
tepat jam 4.30 kami bertolak. Alhamdulillah, perjlnan lncar smpai ke muar, tp tiba2 bas berhenti lg...
kejadian yg sm berulang lg... dkt 10 kali gak la nk smpaikan ke highway tngkak coz p.cik tu nk tumpangkn pnumpang ngan bas len...
kesian sgt ngan p.cik tu, tgn dia smpai melecet pam myk tp dia ttp wat gak...
ana respek sama dia..
bygkan dia wat benda tu smpai ke ayer keroh. kalau la ana, da menangis...
sekali lg ana respek dia.. dia mmg boleh dikatakan driver yg bagus.
driver yg mementingkan penumpang.. walaupun ana tak tau nama dia, tp ana mengucapkan trima kash krn bw kami smpai ke destinasi dgn selamat wlupun lmbt.
smpai di ayer keroh, bas da tak bleh jln lagi. kami menunggu bas p.cik tu yg dtg dr klang. akhirnya penantian berakhir.
kami melihat sndiri, myk melimpah keluar apb pomen membaiki bas itu.. betapa byknya myk yg tersumbat... isk2
Dr situ gak, beliau bercerita bhw beliau tak nk bw bas tu sbnrnya. sbb bas tu takde sape yg bw, n da rosak.
tp tauke dia kata, "boleh bw ma".... mmg bleh bw tp akhirnya sape yg sush.
kalu bleh ana mahu tau sape nm p.cik tu...
alhamdulillah ana smpai di rumah tepat jam 12 mlm.. nsib baik abg ana amik. huhuhu
...thanks for u also my hubby chubby..

Friday, May 28, 2010

kenangan terusik


Pd siapa hati ini perlu di beri?

pd Tuhan sdh semestinya yg utama

pd makhluknya itu yg membingungkan

adakah perlu di beri pada msia yg pertama

atau yg kedua dtgnya?

patutkah daku brserah shj?

tlg lah hambamu ini ya Allah

berilah petunjuk yg sebaiknya..


Thursday, May 27, 2010

Hm... First Time


Assalamualaikum sbg pbuka bicara...

hehehe....

Akhirnye, sy tlh wat blog siri

ni br nk blaja menulis ni

kpd kwn2 ku

pinta ku spy kamu skalian mengajari sy

ngeeeeeeeeeee...

selamat dtg ke lmn blogger cik dewi syg