Friday, November 19, 2010

Ch!Nt@HaTiSyG

HM.. inilah cinta hati sy. Nak tau nama die? Hm... Nama dier MrChinta. hahahaha. Mengikut IC yg diberi, nama dier Ruzaidi Jimin. Dr nama da tau kan, dier ni jawa.. ngeeeee (Jgn mrh ye B). Jika dihitung ngan logik, hubungan kami ni da masuk ke angka 6 tahun. Kami berkenalan sejak dari Politeknik Johor Bahru (Promote ni). Thanks pd Mr Suhaimi coz mengenalkan kami dulu.. hehehe. thanks bro. Semoga Mr Suhaimi dicucuri rahmat krn jasanya yg amat baik itu..

Sebelum menjangkau sehingga tahun ke 6 ni, byk sgt rintangan dan halangan yg perlu ditempuhi oleh sy. hm... Tu sume hnya sy n dier je yg tau. Mcm2lah. Tapi hubungan kami ni sebenarnya tak pnh putus, tp disebabkan kesilapan sy menduga.. sy yg meninggalkannya. Terukkan? Tapi walaupun kami ni ada byk rintangan, nak kata pasang surut cm ombak kat pntai PD tu taklah. Walaupun kami ni tak byk berhubung, jadi sush nak tau hati budi masing2. Tp tu dulu, skang ni ari2 berhubung.. smpai kena perli. nggeeeeee...... Dierlah lelaki yg sy syg, yg ditunggu hari2 hingga ke hari ni. Semoga hubungan kami ni akan kekal hingga ke jinjang pelamin dan akhirat. Dan semoga MrChinta sy ni tabah dlm melayan karenah MissChinta yg sering merajuk. huhuhuhu.. Sy nak dier tau yg sy syg dier n tak pernah berubah wlu seinci pun. Tak sbr nk jumpa MrChinta sy ni... cmne ni? oh hati, sbar ea... tak lm jer lg. Pasni kena cr keje, pastu brulah bleh yg selanjutnya. Kepada para pembaca, doakan kami ea.. thanks ya.
Posted by Picasa

Tuesday, September 21, 2010

Tak Tau Nak Update Ape

Assalamualaikum.. ni slh satu pembuka bicara aku pd ari nie

Hari ni aku bgn awl ngn harapan nk buka buku baru
Aku tak nak pk da mslh2 yg ada ni
wat serabut kepala aku jer


Napelah kaum lelaki yang aku kenal mcm ni.

Da nek semput aku ni

Kalu ikutkan 30hb ni aku mengikt tali pertunangan

But aku tolak pinangan tu

Teruk tak?

Sebab...

Dulu aku yg beria nk tunang
Sampai sblm raya ari tu aku da beli brg ckit2
Tp time raya ari tu aku g jumpa someone yg special dlm hidup aku ms kt jb dulu
Mmg ar kitorg tak pnh putus n perasaan tu ada lg

Adakah aku dikira ****h coz memilih dia kembali?

Bkn sng nk lupa org yg bersama kite slma 6thun, lm kn.. huhuu

Bakal tunang mrh giler ngan aku, tp nk wat gane

Aku mmg tak leh blah ngan dier

Nk kata aku degil, dia pun sm

Ari2 gaduh
Benda kecik pun nk gaduh

Bila da putus ni dia still nk contact aku

Pelik tol

Tp dlm ms yg sm dia mtk aku byr ape yg dia da labur kat aku

Pd pendpt korg, dia ni sbnrnya syg aku ke wit aku yg aku dpt bila keje nnti?

Pelik kn?


Skang ni aku meneruskan kehidupn aku ngan budak ikan..

Hm... bkn dia jual ikan

Tp dia pnh bg aku Nemo.. sbb tu pgl bdk ikan

Tp gak aku ragu2 ngan result yg aku wat

Dia bjnji akan menyayangi, xkan mnyakiti ht aku..

Tp aku still gak ada terasa..

Coz dia nih sush nk msg

Mcm dia sowg yg bz, aku ni tak bz ke

Aku hlgkan diri ok gak kan..hmmmm

Ape dia wat tu kdg2 mmg aku tau n kdg2 tak tau

Aku geram ngan dia

Kata syg tp wat cmni plak

Kalu diikutkan dia byk wat perncangan ngn aku skang ni

Lepasni nk cr keje, simpan wit

Kami nk buka akaun bersama tk lm lg

n kami ngah saving skang ni

Target kami 11.11.2011 adlh ari mmbahagiakan

Tp seandainya da ckup wit, akan diawalkan

Insyaallah...



Ya Allah,

Semoga apa yg aku plh ini adlh btol utk dri akua



Thursday, July 8, 2010

SOKONG JERMAN


Suatu malam di restoran BTRFC (Batu The Rock Fried Cacing)...

A: Malam ni wa sokong jerman... jerman boleh!

B: Makasih pak kerna menyokong guer...

A: eh lu pehal mat... tetiba menyampok cakap wa ni... lu sapa hah!

B: Nama guer JERMAN bin BALAK... hehehe...

A: fuyyyoooo... give me five meennn! (nakalnyer si A ni, dier five nyer muka wak indon ni sampai jatuh ke belakang...)

SOKONG SPAIN PULAK

Suatu malam yg dingin di Restoran BTRSCBT (batu the rock seafood corner baring terlentang)

A: wa frust la plak kan... camner jerman ni bley kalah! ini suma salah wak jerman la ni!

B: (tetiba menyampok) ahaha... wak jerman dah dihukum dok dlm lombong arang batu...

A: eh! lu ni saper plak bro?

B: nama wak ni wak spenyot puyot bin toreh... spain dah menang semalam... yahooo..! (sambil melompat dan bergayut sebentar di tiang lampu sebelum turun semula utk sambung minum kopi dgn muka slumbernyer)

Sunday, June 27, 2010

Petua Tercekik Tulang

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!


Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound

"apahal duduk macam nak berlari ajer....""tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, adapulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?" aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapiaku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku) Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA..(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat)

Kisah seram si pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.


Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.


tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.


Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.


Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.


Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.


hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.


Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Can-Ni-Ball

Pada suatu petang,dua orang sahabat sedang berburu di hutan. Oleh kerana asyik mencari binatang, mereka pun tersesat. (Mana compass hilang,handphone pun takde!)
Perut pun terasa lapar,hari semakin gelap.. mereka berdua pun berehat seketika di sebuah pohon rimbun. Utk keselamatan masing-masing, Si Ahmad menyimpan sebilah pisau di belakang seluar dalamnya, manakala Si Abu menyimpan pisaunya di kocek(poket)seluar jeans nya. Lalu mereka bersandar pada pohon tersebut.
Dengan hembusan angin sempoi-sempoi, udara terasa begitu dingin,bunyi-bunyi binatang seolah berbisik-bisik.
Lantas,"Hoiii!...apa korang buat kat sini? siapa kamu??"Terkejut betul Si Ahmad dan Abu ni!Tiga orang manusia memegang lembing dan berwajah hodoh dan teramat-amat garang menjerit kepada Si Abu dan Ahmad."Kamu tau tak siapa kami?" kata orang tersebutAbu dan ahmad menggeleng-gelengkan kepala mereka,ketakutan.
Dengan nada yg marah,orang itu berkata:"Kami ialah puak kanibal! kami makan daging orang! Oleh kerana kamu berdua telah masuk ke kawasan kami (kawasan larangan) maka kamu akan kami bawa jumpa Ketua kami! Buka pakaian kamu cepat dan biarkan seluar dalam!"
Pendek cerita, Si Abu dan Ahmad pun dibawa berjumpa dengan ketua puak kanibal ini."BUNUH MEREKA! REBUS DAGING MEREKA DAN KULIT MEREKA AKAN DI-JADIKAN PERAHU...HAHAHAHAHA..." arah Ketua tersebut kepada anak-anak buahnya.
Si Ahmad terjatuh pengsan kerana begitu ketakutan. Manakala Si Abu cuba mencari idea utk melepaskan diri dari Puak kejam itu.Si Abu lantas menculik anak perempuan ketua kanibal tersebut. Kini,Abu sedang dikelilingi orang kanibal.
Abu begitu ketakutan sekali!Si Abu lantas mengambil pisau dibelakangnya dan mengacukan pada perempuan itu,lalu Abu menjerit:"JGN HAMPIR! KALAU TAK, AKU BUNUH PEREMPUAN INI!!"Abu memeluk erat perempuan itu. Perempuan itu bergelut utk melepaskan dirinya.Akhirnya perempuan itu berjaya melepaskan diri lalu lari kearah puak ramai tersebut.Abu sudah buntu!
Tamat lah riwayatnya kali ini!! Orang kanibal sudah tersenyum lebar, ada pula yg ketawa sambil cuba menghampiri Si Abu.."JANGAN DEKAT!!" Ugut Abu kepada mereka!
Lantas, Si Abu menusuk-nusuk tubuh badannya,"AKU DAH CAKAP JGN DEKAT! NAH!!....BIAR BOCOR INI PERAHU !!! "